Pontianak (kota)
Pontianak (kota)

Pontianak (kota)

Bandar Pontianak merupakan sebuah kota yang terdapat di Kalimantan Barat, Indonesia.Kota ini juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa kerana terletak di atas garisan Khatulistiwa iaitu di atas kedudukan 0º0' N, 109º20' E dengan suhu mencecah 22.9 °C sehingga 31.05 °C dan mendapat 3,000 mm - 4,000 mm hujan setiap tahun.Kota ini berkeluasan 107.82 km2 dengan penduduknya berjumlah 526,600 orang pada tahun 2000.Di antara etnik yang terdapat di sini ialah Melayu, Cina, Dayak, dan etnik minoriti yang lain. Islam merangkumi 65% daripada agamanya diikuti Buddha (23.2%), Kristian (6.8%), Hindu (0.4 %), dan agama lain(4,6%).Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas manakala bahasa tempatan juga digunakan seperti Bahasa Melayu, Teochew, Hakka, dan Dayak.